Friday, May 17, 2013


Kumpulan kami diberi botol air sebagai bahan utama dalam aktiviti ini. Kami perlu mencipta satu alat yang menunjukkan produk tersebut Blue Ocean. Kami telah mencipta sebuah "Portable Aquarium" . Akuarium ini mudah dibawa kemana-mana dan ianya sangat senang untuk disimpan. 





Trak Penyodok Pokok

Trak pengalih pokok atau penyodok pokok bersaiz besar adalah sesuatu yang baru di Malaysia. Penggunaannya di beberapa negara eropah telah banyak digunakan. Bertujuan mengekalkan kesejahteraan alam, serta membantu gubahan landskap taman. Trak penyodok berfungsi mengalihkan pokok dari tempat asal ke kawasan baru yang lain, tanpa perlu menebang atau mematikan mana-mana pokok tinggi yang telah hidup selama puluhan dan ratusan tahun atas alasan pembangunan




 
 




Jam Cecair | HYT (Hydro Mechanical Horologists)

HYT (Hydro Mechanical Horologists) jam mekanikal istimewa yang memiliki cecair hijau florescent di dalamnya yang berfungsi sebagai penunjuk masa utama digerakkan oleh injap . Tiada jam sebegini pernah dihasilkan dan pihak HYT sedang menanti hak paten 7 rekaan mereka. Di bahagian belakang jam, pemilik dapat melihat bagaimana sistem mekanikal jam berfungsi. Sebuah jam ke arah masa depan, eksplorasi nanotechnology.






Kerusi Keseimbangan Graviti

Varier Gravity Balans adalah gabungan tiga tema kerusi di dalam satu. Kerusi pejabat, kerusi malas, juga sebagai kerusi santai untuk ruang tamu. Duduk tegak atau berehat kembali dan mengambil tekanan vertebra anda. Pergerakan adalah kunci kepada kesihatan bagi mereka yang duduk berjam-jam setiap hari, dan kerusi ini adalah sebagai pilihan yang sesuai untuk memiliki kelebihan dalam keselesaan bekerja & berehat. Penekanan rekaan moden, fungsi serta ergonomik.
 


Post-it Compact Desktop Organizer

 
Post-it Compact Desktop Organizer merupakan alat yang digunakan untuk meletakkan alatan tulis seperti pen dan pensel. Di samping itu juga, ia menyediakan kertas nota, pita pelekat, dan pelekat berwarna untuk kegunaan pengguna. Ia direka untuk menjimatkan ruang meja dan kelihatan kemas serta memudahkan pengguna.


Leaf Tie
Kabel tiruan di sekeliling kita membuat persekitaran yang lebih gelap dan sejuk. Leaf Tie ini membalut kabel sambil membawa kehidupan ke kawasan yang lebih ceria. Ia berfungsi dua tujuan iaitu reka bentuk dan kecekapan. Leaf Tie adalah mudah untuk digunakan. Ia hanya digunakan dalam cara yang sama seperti kabel-seri. Apa yang anda perlu lakukan adalah membalut Leaf Tie sekitar kabel yang longgar. Reka bentuk Leaf Tie membuat kabel kelihatan seperti ranting dibalut.

Dengan menggunakan Leaf Tie ini, dapat memulakan gerakan kesedaran ke arah satu isu dipanggil "Alam Sekitar Hijau & Selamatkan Bumi".



Chair for Life

Chair for Life, kerusi roda berkuasa dengan reka bentuk modular yang menyesuaikan diri dengan kanak-kanak itu membesar.
Kerusi itu menggunakan sistem dok dan pengancing universal supaya modul duduk yang berlainan dan bahagian tambahan boleh ditambah bagi memenuhi keperluan pengguna.
Chair for Life juga mempunyai lif menegak, membolehkan peringkat berinteraksi dengan rakan-rakan, yang telah ditunjukkan untuk membantu pembangunan sosial dan pendidikan. 
Chair for Life ini bertujuan untuk memaksimumkan mobiliti dan kebebasan untuk kanak-kanak kurang upaya kerana mereka berkembang menjadi dewasa. Sebagai kanak-kanak membesar keperluan fizikal dan pembangunan mereka berubah dengan pesat, dan berisiko tinggi jika kemerosotan kerusi roda mereka tidak sesuai. 




Cordless 360° Freestyle™ Steam/Dry Iron with Curved Stainless Steel Soleplate




Seterika Cordless 360 ° dengan lengkungan tapak plat tahan karat, direka untuk memudahkan menyerika pakaian kesemua arah ditambah dengan wap, matian automatik apabila tiada pergerakan, kawalan suhu elektronik, "Stay Clean" wap dan sistem anti-titisan.

Dengan rekaan seterika semua arah dapat mnyerika pakaian di tempat-tempat yang ketat seperti kolar dan butang tanpa memutarkan seterika atau mereka yang menggunakannya. Kerja-kerja yang dilakukan adalah tepat, mudah dan cepat.


DustPan + Bin


Alat ini mempunyai fungsi sebagai penyodok sampah dan juga tong sampah. Apabila diterbalikkan seperti gambar di atas, ia akan menjadi sebagai penyodok sampah. Apabila selesai sahaja menyapu, terbalikkan ia seperti gambar di bawah, ia bertukar menjadi tong sampah. Ia memudahkan kerja anda.



3D printing hype



Mesin percetakan 3D ini merupakan salah satu percetakan yang menghasilkan sesuatu menerusi inovasi dalam atom untuk mendapatkan rekabentuk yang terbaru dan terkini. Dengan cetakan 3 dimensi ini, produk pada masa depan boleh dijana untuk industri baru.
Similac SimplySmart Baby Bottle



Similac Memperkenalkan reka bentuk pintar botol susu untuk pemakanan bayi untuk membantu para ibu menyusukan bayi mengikut ikatan masa dan memberi keselesaan kepada bayi .
Botol Similac SimplySmart menggabungkan setiap kepakaran untuk membangunkan inovasi yang boleh membantu meningkatkan pemakanan supaya ibu dan anak boleh menikmati makan masa.

Intellivent mengurangkan lebihan udara yang boleh membawa kepada kecerewetan dan gas.

SmartClose terkunci daripada kebocoran, dan perisai biru membolehkan anda tahu ia ditutup dengan selamat.


EasyMix adalah alat pencampuran inovatif yang mengurangkan rumpun dan buih.

Rujukan :
web http://www.pdesigni.com
dan http://www.idsa.org

  1. 1. Azizuzanadi Zainuddin

     


    Nama Usahawan         : Azizuzanadi Zainuddin
    Tempat Kelahiran        : Kampung Hayat, Simpang Pelangai, Bentong Pahang
    Graduan                      : Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis dan
                                          Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan di Northwood
      University, Midland, Michigan /   Universiti Concordia, Mequon,
      Wisconsin.
    Bidang Usahawan       : Pertanian dan Perikanan

    Beliau memulakan ternakan kambing pada Disember 2007 dengan membeli 20 ekor kambing dari sebuah ladang di Nilai, Negeri Sembilan dengan modal lebih RM5,000. Beliau kemudian membeli 39 ekor lagi kambing dengan kos kira-kira RM15,000. Pada peringkat awal, Among menempatkan kambing kambingnya di tanah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Lembah Jaya, kira kira 5 km dari rumahnya. 

    Beliau kini mempunyai kira-kira 100 ekor kambing daripada pelbagai jenis termasuk kambing biribiri dan kambing Feral dari Australia, kambing Jamnapari dari Indonesia, kambing Katjang (baka kacukan tempatan dan Anglo Nubian) dan kambing Boer. Beliau juga membuka sebuah ladang di Jelebu, Negeri Sembilan untuk ternakan kambing biri-biri yang kini berjumlah 37 ekor dan dijaga oleh pakciknya. 

    kini mengorak langkah mempelbagaikan ternakannya dengan mengusahakan ternakan ikan keli di tanah berhampiran ladang kelapa sawit milik pakciknya. Beliau bermula dengan 100,000 anak ikan keli yang dipeliharanya di tiga buah kolah batu termasuk sebuah kolam tanah untuk asuhan anak benih sehingga tahap matang. Dengan ternakan ikan keli, beliau membuat bisnes dengan menjual ikan keli salai dengan harga RM18 sekilo. 



     
  2. 2. Khairulnizam Samshi

     


     Nama Usahawan        : Khairulnizam Samshi
    Tempat Kelahiran        : Muar, Johor
    Graduan                      : Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan) Universiti Utara
      Malaysia
    Bidang Usahawan        : Makanan (Karipap)

    Beliau telah menubuh syarikat Anak Tempatan Holding Sdn. Bhd. (ATHSB) yang beroperasi di Tangkak, Johor bermula 2001. Permulaan syarikat hanya menggunakan kaedah tradisional sepenuhnya dan hanya dapat menghasilkan sehingga 5,000 karipap sehari dengan lima pekerja.

    Kemudian beliau membuat pelaburan RM500,000 bagi membangunkan perniagaan karipap sejuk beku keluaran keluarannya di kilang ATHSB di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai dengan membeli mesin yang diimport dari Switzerland. Mesin itu berupaya membuat sekurang-kurangnya 5,000 karipap dalam tempoh sejam pada kelajuan sederhana dengan tenaga kerja seramai lima orang. Karipap sejuk beku keluaran syarikat itu mempunyai kelainan yang tersendiri kerana ia dihasilkan melalui mesin pembuat pastri jenama Rondo Doge yang berteknologi tinggi serta dalam persekitaran premis yang bersih.

    Kilang milik syarikatnya berupaya menghasilkan antara 30,000 hingga 40,000 karipap berintikan ikan sardin, kentang atau ayam dalam sehari.



  3. 3. Ahmad Huzaifah Ahmad Shahrir, Suhairil Izham Suroya, Nur Shahidat Mohamed,   Hidayatul Karimah Mohd. Mahyuddin dan Ahmad Taufiq Iqbal Abd. Rani.

     


    Nama Usahawan        : Ahmad Huzaifah Ahmad Shahrir, Suhairil Izham Suroya, Nur
                                        Shahidat Mohamed, Hidayatul Karimah Mohd. Mahyuddin dan
                                         Ahmad Taufiq Iqbal Abd. Rani.
    Graduan                     : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    Bidang Usahawan       : OneHeart- Pengurusan Majlis Dan Pembekal Perkhidmatan
                                        Teknikal

    Sebaik sahaja menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), mereka menubuhkan OneHeart Creative Solution pada bulan Februari 2010. Lebih gemar memanggil ‘bayi’ baharu mereka itu sebagai OneHeart, syarikat tersebut menjadikan pengurusan majlis dan pembekal perkhidmatan teknikal sebagai perniagaan utama. Kesemua mereka berumur 24 tahun kecuali Izham yang berusia 25 tahun.

    Selain itu, mereka juga mampu menyediakan 30 orang pekerja separuh masa yang terdiri daripada rakan-rakan dari UIAM bergantung kepada situasi. Sasaran pertama mereka pada waktu itu adalah menghebahkan kewujudan syarikat mereka di laman sosial Facebook. Ideanya adalah jika seorang daripada mereka mempunyai kira-kira 2,000 kenalan maka sudah 10,000 orang mengetahui OneHeart.

    Sehingga kini, perniagaan mereka bukan sahaja memfokus kepada pengurusan majlis tetapi telah berkembang dengan menyediakan perkhidmatan lain seperti fotografi, rakaman suara dan kedai buku secara talian. Pada masa sekarang, kelima-lima anak muda itu sudah boleh melakukan kerja-kerja pengurusan syarikat dengan lebih selesa apabila sudah berpindah ke premis tetap dengan keluasan ruang kira-kira 46 meter persegi.

     

  4. 4. Jamaluddin Abdul Rashid

     


    Nama Usahawan        : Jamaluddin Abdul Rashid
    Tempat Kelahiran       : Baling, Kedah
    Graduan                     : Ijazah Sarjana Sains Muda Kemasyarakatan USM
    Bidang Usahawan      : Pertanian

    Kira-kira 19 tahun lalu, selepas menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM), Jamaluddin Abdul Rashid bercita-cita untuk menjadi pegawai daerah. Bagaimanapun permohonannya bagi pekerjaan ke arah jawatan tersebut gagal.
     
    Beliau kemudian memohon pelbagai jawatan kerajaan tetapi nasib tidak menyebelahinya.
    Malu dengan keadaan dirinya yang masih menganggur walaupun memiliki segulung ijazah, Jamaluddin sanggup melakukan semua kerja termasuk menjadi buruh, bersawah dan menoreh getah – semua kerja yang tidak memerlukan ijazah.

    Setelah lima tahun `menjaja’ ijazahnya, beliau yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan pada 1986 memutuskan untuk tidak lagi memohon pekerjaan menggunakan kelulusannya itu.

    Sebaliknya, Jamaluddin, 45, berusaha membuka tapak semaian pokok bunga dan pokok teduhan dan kini beliau merupakan usahawan tani yang berjaya.
    Beliau bukan sahaja menjadi majikan kepada 10 orang pekerja tetapi mendapat kepercayaan sebuah pemaju terkenal untuk membekalkan pokok bunga dan teduhan ke jabatan kerajaan, sekolah dan swasta.

    Hasil titik peluhnya mengusahakan tapak semaian yang dikenali sebagai `Semaian Ani Ayu’ itu, Jamaluddin yang pernah menyertai Skim Khidmat Siswazah (SKS) bagi graduan menganggur pada 1986, dapat membina sebuah banglo.

    Banglo tersergam indah di Kampung Sadek, Kupang yang berharga lebih RM300,000 itu adalah lambang kegigihan, kecekalan dan keberanian seorang siswazah yang tidak bergantung harap kepada kerajaan semata-mata.

    “Saya tidak berminat untuk bekerja di pejabat lagi walaupun ditawarkan jawatan yang tinggi,” kata Jamaluddin ketika ditemui oleh Utusan Malaysia di rumahnya, hari ini.
    Jamaluddin berkata, beliau tidak pernah menyesal kerana cita-cita menjadi pegawai tinggi kerajaan tidak tercapai.
    Beliau turut menasihatkan graduan menganggur yang kini berjumlah 80,000 orang supaya tidak memilih pekerjaan dan berharap kerja `makan gaji’ semata-mata.
    “Buatlah sebarang pekerjaan yang halal dan sebaik-baiknya buatlah pekerjaan sendiri kerana kita lebih bebas dan tidak terikat,” ujarnya.

    Menceritakan kejayaannya itu, Jamaluddin berkata, beliau mendapat dorongan Jabatan Pertanian dan rakannya seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Botani Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mengusahakan tapak semaian di atas tanah seluas satu hektar pada tahun 1991.

    Tambahnya, beliau sedar untuk berjaya, segala perasaan malu, ego dan rasa rendah diri perlu dikikis bagi mencapai matlamat itu.

    Bapa kepada dua anak hasil perkongsian hidup bersama Noraini Sulaiman, 39, itu kini boleh berbangga apabila perniagaannya telah berkembang ke seluruh negara walaupun pendapatan awal hanya sekitar RM400 sebulan.

    Menurut Jamaluddin, ijazah yang diperoleh hanya sekadar untuk mendapat pengetahuan serta ilmu tetapi ia bukan lesen untuk memperoleh kerja bergaji besar tanpa berusaha sendiri.

    “Saya semakin seronok apabila perniagaan ini mampu memberikan pendapatan lumayan sehingga melebihi empat angka,” kata Jamaluddin yang turut menyambut baik langkah kerajaan mewujudkan semula Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan lepasan institusi pengajian tinggi.

    Bagaimanapun katanya, skim itu perlu meningkatkan bimbingan secara berterusan kepada bekas siswazah, sementara golongan itu pula perlu mengikis sikap untuk bekerja makan gaji semata-mata selepas tamat pengajian di universiti.



  5. 5. Ahmad Zawawi Ashaari dan Mastura Abdul Aziz

     

     

    Nama Usahawan         : Ahmad Zawawi Ashaari dan Mastura Abdul Aziz
    Tempat Kelahiran         : Bagan Datoh, Perak.
    Graduan                       : Diploma Pengurusan Bank dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
                                          Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
    Bidang Usahawan         : Pertanian

    Pasangan muda Ahmad Zawawi Ashaari, 45 dan isterinya Mastura Abdul Aziz, 33 yang menceburi bidang pertanian kerana melihat ada potensi memajukan ekonomi keluarga menerusi usaha berbakti pada tanah. Ahmad Zawawi yang mempunyai kelulusan Empat Senawi Sekolah Menengah Agama Irshadiah, Bagan Datoh, Perak manakala Mastura lulusan Diploma Pengurusan Bank dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran beralih kepada pertanian selepas meninggalkan aktiviti perniagaan sebelum ini. 

    Menubuhkan firma Teras Maju Resources pada tahun 2005, pasangan tersebut memulakan perniagaan membekal peralatan pejabat tetapi menukar hala tuju perniagaan kepada bidang pertanian pada 2007. Pada peringkat awalnya, mereka mengusahakan projek tanaman tembikai dan sayuran di Parit 7, Kampung Sungai Pergam, Bagan Datoh atas tanah pusaka bapanya seluas 4.8 hektar (satu kawasan seluas 2.8 hektar dan di tempat lain seluas 1.6 hektar). Sebelum ini bapanya pernah mengusahakan tanaman kelapa Mataq tetapi gagal sehinggalah dia meninggal dunia. Tanpa berfikir panjang mereka terus menanam tembikai setelah menghadiri kursus jangka pendek mengenai tanaman tembikai dengan sebuah agensi kerajaan. Antara jenis tanamannya ialah tembikai susu (jade dew), tembikai rock melon, tembikai merah tanpa biji, tembikai kuning, tembikai black beauty, silver light melon dan silver sweet melon.

    Ternyata usaha gigih itu membuahkan hasil lumayan dan beliau dan isteri terus mempelajari pelbagai aspek tentang tanaman berkenaan. Ahmad Zawawi berkata, hasil tanaman dipasarkan kepada ladang kontrak FAMA, pasar raya sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berkenaan, hasil tanaman dipasarkan kepada pengusaha pasar tani, gerai buah-buahan segar dan pemborong. Ia turut dihantar secara terus ke pasar raya Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan melalui orang tengah di pasar raya sekitar Lembah Klang. 

    Namun begitu, usahanya tetap menjadi masalah apabila menghadapi kekurangan tenaga kerja, serangan penyakit dan keadaan cuaca tidak menentu. Dengan dibantu empat pekerja tetap dari Indonesia mereka meneruskan usaha bersama sembilan pekerja sambilan tempatan. Tanamannya mengeluarkan hasilkan sebanyak 50 tan semusim bagi kawasan seluas 2.8 hektar. Ahmad Zawawi berjaya mengusahakan tanaman tembikai itu antara dua hingga tiga musim setahun berdasarkan faktor cuaca.

  6.   6. Mohd. Shahrul Daud

     


    Nama Usahawan        : Mohd. Shahrul Daud
    Tempat Kelahiran       : Kulim, Kedah
    Graduan                     : Universiti Putra Malaysia (UPM),
    Bidang Usahawan       : Pertanian

    Lulusan Diploma Pertanian yang berusia 25 tahun itu memilih untuk mengusahakan sembilan projek pertanian dan asas tani di beberapa lokasi sekitar Kulim.

    Projek tersebut ialah menternak lembu tenusu, lembu pedaging, itik telur, tanaman pisang berangan dan emas, tanaman nenas, tanaman fertigasi (cili merah dan terung), produk hiliran (telur masin dan dadih) dan baja kompos.

    Menurut Mohd. Shahrul, penglibatan aktif dalam bidang pertanian bermula kira-kira tiga tahun lalu setelah melihat potensi luas di samping teruja dengan konsep Pertanian Adalah Perniagaan yang diperkenalkan kerajaan.

    ''Saya menamatkan pengajian dari UPM pada tahun 2004. Apabila memikirkan ilmu yang dipelajari ketika menuntut di UPM, saya memberanikan diri berhenti kerja dan masuk ke bidang pertanian,'' katanya ketika ditemui di ladangnya, MND Agroternak Farm di Kampung Tok Rasul di sini hari ini.
    Mohd. Shahrul memberitahu, bermodalkan duit gaji sebanyak RM2,400, dia mengambil keputusan membeli dua ekor lembu pedaging.

    ''Sekarang lembu pedaging daripada dua ekor, sudah bertambah kepada 45 ekor,'' katanya.
    Katanya, tanpa berasa jemu, dia kemudian mencuba pula kaedah menternak lembu tenusu dan jumlahnya kini meningkat kepada 25 ekor.

    ''Dengan jumlah itu, ia cukup untuk menghasilkan 45 hingga 60 liter susu segar setiap hari, kini tidak pernah cukup kerana mendapat sambutan hangat dari restoran dan kedai-kedai sekitar kawasan ini,'' jelasnya.

    Mohd. Shahrul yang pernah memenangi hadiah Anugerah Usahawan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kedah 2007 dan Anugerah Belia Kedah 2007 (Wira Tani) berharap dapat menambah bekalan susu pada masa akan datang.

    Sementara itu, Mohd. Shahrul turut menternak lebih 1,000 ekor itik jawa yang mampu menghasilkan telur kira-kira 750 butir sehari.

  7. 7. Muhammad Syahmi Naim Suboh 

     


    Nama Usahawan        : Muhammad Syahmi Naim Suboh
    Tempat Kelahiran       : Jerantut, Pahang
    Graduan                     : Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
    Bidang Usahawan      : Ternakan

    Walaupun hanya berbekalkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), seorang bekas pelajar Institut Skill-Tech di sini mampu membuktikan usaha dalam bidang ternakan boleh merubah kehidupan jika ia dilaksanakan secara tekun dan berterusan.

    Muhammad Syahmi Naim Suboh, 22, kini sudah boleh berbangga dan tersenyum apabila memperoleh pendapatan RM35,000 sebulan hasil usaha gigihnya menceburi bidang ternakan kambing dan lembu pada April tahun lalu.

    Melalui Syarikat Puncak Jaya Agroland yang ditubuhkan hasil bantuan ahli keluarganya, Muhammad Syahmi Naim adalah antara golongan belia yang menjadi penternak industri kecil dan sederhana (IKS) paling berjaya di Kampung Seri Muda, Jerantut, Pahang.

    Bermula secara kecil-kecilan menternak kambing dan lembu sewaktu masih belajar di Institut Skill- Tech Durian Tunggal dekat sini, ahli keluarganya sanggup membuat pinjaman RM400,000 bagi membolehkan Muhammad Syahmi Naim mengusahakan industri tersebut.

    Berkat kegigihannya, dia kini sudah mempunyai 300 ekor kambing dan 34 ekor lembu di samping mengusahakan lembu tenusu dan tahun ini syarikat yang diusahakannya mula menuai hasil apabila sebanyak 250 ekor kambing telah dijual untuk dikorbankan sempena Hari Raya Haji bulan depan.

    Hasil usaha anak muda itu membolehkan dia mendapat pengiktirafan dari Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan sebagai Usahawan Berdaya Maju.

    Atas usaha gigih yang dilakukan oleh Muhammad Syahmi Naim, dia dianugerahkan Tokoh Pelatih Terbaik (Lelaki) pada Majlis Konvokesyen Institut Skill-Tech 2011 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, semalam.
    Seramai 300 pelajar menerima sijil masing-masing pada majlis penyampaian anugerah tersebut yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md. Amin. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek.

    ''Saya gembira menerima anugerah ini dan lebih penting saya berjaya mengotakan janji untuk menjadi usahawan muda yang berjaya dalam industri penternakan lembu dan kambing.

    ''Tidak ada ruginya menceburi bidang ini kerana apa yang penting kita perlu bersabar dan ada ketekunan serta sikap tidak cepat putus asa yang menjadi asas dan pegangan saya berjaya dalam bidang ini," katanya.

    Muhammad Syahmi Naim berkata, dia kini berazam untuk menjadi salah sebuah syarikat bumiputra terbesar mengusahakan industri tersebut dengan berskala besar pada masa depan.

      

  8.   8. Ali Hassan Mohd Hassan

     

     

     
  9.  

    Nama Usahawan        : Ali Hassan Mohd Hassan

    Tempat Kelahiran       : Jerantut, Pahang
    Graduan                     : Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi
                            Malaysia,Skudai
    Bidang Usahawan      : Perniagaan Runcit aL-ikhsaN

    Pada permulaannya Ali Hassan Mohd Hassan hanya menjual barangannya secara kecil-kecilan kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau ketika beliau masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
     
    Beliau juga bekerja sambilan sebagai penghantar piza untuk menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidup. Meskipun beliau juga menerima biasiswa, beliau memberitahu yang kesemuanya diberikan kepada ibu beliau “kerana kami bukan orang senang.”
     
    Dalam berusaha tanpa mengenal jemu dalam pelajaran dan menyara kehidupan ketika itu, beliau akhirnya berjaya mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993. Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk mengusahakan perniagaan.
     
    Perniagaan pertama Ali Hassan bermula pada tahun 1993 di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri. Beliau mula mengusahakan perniagaan serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan.
     
    “Ketika itu, memang sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana saiz perniagaan ini kecil. Itu bukan alasan untuk tidak berjaya. Saya kena rajin dan kuat berusaha dengan menjual baju sukan secara pantas.
     
    “Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual,” katanya yang pernah naik turun pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi memperoleh tempahan dan memasarkan barangannya.
     
    Beliau menyatakan dalam menjayakan sesuatu perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada, antaranya kesabaran, kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekun berusaha. “Walaupun kita gagal sekali atau sukar mendapatkan pinjaman bank, kita kena istiqamah dan terus buat sahaja. Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada.
     
    “Ini penting untuk kita bina reputasi walaupun mengambil masa satu atau dua tahun. Bila orang melihat reputasi kita yang semakin baik, barulah mereka akan percaya.
     
    “Apa sahaja kita kena sabar…. perbaiki apa kelemahan yang ada. Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati. Biar mereka ‘komplen’,” katanya yang berpendapat ia merupakan antara langkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi.
     
    “Saya masih ingat lagi luahan pelanggan kerana barangan yang dipamerkan di kedai pertama sedikit dan banyak kekurangan. Itu tidak ada…ini tidak ada. Jadi, saya berusaha mendapatkan barangan yang mereka mahukan kerana ingin memuaskan hati pelanggan.
     
    “Ambil sahaja apa ‘komplen’ pelanggan dan jangan kita tafsirkan pendapat atau kritikan yang diberikan itu sebagai negatif. Itu tanda mereka sayang kepada kita dan mahu melihat perniagaan kita berkembang,” katanya.
     
    Resipi kejayaan selama ini yang didukung dalam diri Ali Hassan sebenarnya berpaksikan sepenuhnya kepada tuntutan dalam agama Islam.
     
    “Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah.
    Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza.
     
    “Dari sini keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya… kemenangan dan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat. Mula-mula nampak susah tetapi sekarang semua keajaiban itu menunjukkan hasil. Inilah isi kejayaan yang sebenar,” jelasnya.
     
    Selain pegangan kukuh pada tuntutan agama, senjata aL-ikhsaN yang sentiasa berada selangkah di hadapan pesaing adalah harga produk sukan dijual amat berpatutan bagi semua lapisan masyarakat.
    “Apa yang paling penting ialah aL-ikhsaN memberikan produk-produk berkualiti dan berjenama antarabangsa dengan harga yang cukup berpatutan. Ini memberikan kepuasan kepada pembeli, sekali pakai mereka akan kembali lagi.
     
    Kini terdapat sebanyak lebih dari 75 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara wujud yang menjadi bukti sebuah empayar perniagaan hebat miliknya. Malahan kebanyakan produk yang ada di aL-ikhsaN tidak terdapat di kedai-kedai lain. Pilihan produk juga luas dan dijual pada harga berpatutan. Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini. Setiap barang yang dilancarkan di Eropah boleh didapati di AL-ikhsaN pada hari yang sama.
     
    Pada penghujung 2010, aL-ikhsaN juga telah mula merancang membuka kedai sukan untuk wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl. Menurut Ali, pembukaan premis ini untuk memenuhi tuntutan para pelanggan wanita yang menyatakan bahawa pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka sukar diperoleh dalam pasaran tempatan. Jelas sekali dengan mendengar feedback dari pasaran, AL-ikhsaN mampu bertahan, malah berkembang dengan jayanya.

    Kini, rangkaian kedai aL-ikhsaN adalah nama besar dalam kalangan anak muda hari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular seperti Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora pada harga yang murah.
     
    Kejayaan Ali Hassan mengembangkan kedai aL-ikhsaN ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada usahawan Melayu yang sering dianggap stereotaip dengan kisah kegagalan, untuk berusaha tanpa mengenal jemu, beristiqamah, sambil mempelajari untuk mendengar kehendak pelanggan dalam membina perniagaan.
     
    Ali Hassan membuktikan kebenaran pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

     
  10.  
  11. 9.  Dato’ Azlina bt. Hj. Che Abdullah 





    Nama Usahawan        : Dato’ Azlina bt. Hj. Che Abdullah
    Tempat Kelahiran       : Kemaman, Terengganu
    Bidang Usahawan      : Perniagaan produk kecantikan dan kesihatan

    Dato’ Azlina bt. Hj. Che Abdullah, bukanlah satu nama baru dalam bidang keusahawanan. Malah nama beliau cukup dikenali bukan sahaja sebagai usahawanita yang berjaya tetapi juga pengasas produk kecantikan dan kesihatan yang dipercayai iaitu D’Navechee Beauty (M) Sdn Bhd. Dato Azlina bukan sahaja menerajui syarikat D’Navechee malahan beliau juga menerajui belasan syarikat dalam pelbagai bidang. Selama hampir 10 tahun menceburi bidang perniagaan dan pelbagai kejayaan yang dikecapi hari ini turut meletakkan nama beliau di antara jutawan tanah air.

    Melihatkan pengorbanan dan kesusahan seorang ibu yang membesarkan anak-anak selepas kematian bapanya membuatkan beliau berazam untuk membantu mengurangkan bebanan ibu tersayang telah mendorong beliau untuk berdikari, sekaligus terpaksa melupakan impian untuk menyambung pengajian dan menjadi peguam. Meskipun cita-cita beliau tidak tercapai, namun beliau pernah mempunyai pengalaman bekerja sebagai Kerani Am di sebuah firma guaman terkenal di Kota Bharu. Setelah 6 tahun bekerja akhirnya beliau nekad untuk meletakkan jawatan bagi memulakan perniagaan. 

     Beliau memulakan langkah pertama dengan membuka kedai batik di Pasar Besar Siti Khadijah dan dari saat itulah minat untuk berniaga mula menguasai jiwa dan raganya. Beliau juga pernah pernah bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran dan berpengalaman sebagai ‘trainer’ dan ‘motivator’ dalam bidang keusahawanan bagi beberapa syarikat bumiputera. 

    Pada tahun 1996, beliau menimba pengalaman dalam sebuah syarikat jualan langsung dengan bermula sebagai pengedar bebas. Pada tahun itu juga beliau mula dapat merasakan yang perniagaan jualan langsung adalah suatu perniagaan yang mempunyai potensi dan mampu memberi perubahan kepada kehidupan mereka yang mahu memulakan sesuatu yang kecil tetapi akhirnya akan menjadi besar. 

    Berbekalkan pengalaman sebagai pengedar bebas di beberapa buah syarikat MLM yang lebih mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa memberi keadilan kepada pengedar dan pengguna telah membuatkan beliau sepakat dan nekad bersama suami beliau iaitu Dato’ Stapa untuk menubuhkan syarikat pertama iaitu syarikat jualan langsung yang dikenali sebagai De Classic Life (M) Sdn Bhd atau DCL pada tahun 1998. DCL sebuah syarikat yang berorientasikan sistem MLM tulen yang memberi peluang kepada para pengedar untuk mengubah kehidupan dan alhamdulilallah, syarikat beliau telah berjaya menduduki ‘Top 5’ dalam barisan syarikat jualan langsung dan telah melahirkan ratusan ribu pengedar dan puluhan jutawan. 

    Beliau turut memiliki belasan syarikat di dalam pelbagai bidang dan memegang jawatan sebagai Pengasas / Pengarah Urusan / Pengarah Kewangan / Pengarah Operasi. Berikut adalah senarai syarikat-syarikat kumpulannya:

    ·         D’Navechee Beauty (M) Sdn Bhd
    ·         D’Navechee Global Marketing Sdn Bhd
    ·         Butik & Spa D’Navechee (M) Sdn Bhd
    ·         D’Navechee Beauty (S) Pte. Ltd
    ·         De Classic Life (M) Sdn. Bhd.
    ·         De Classic Manufacturing (M) Sdn Bhd
    ·         De Classic Life Global (S) Pte. Ltd.
    ·         PT De Classic Life Worldwide Indonesia
    ·         PT De Classic Life Worldwide Thailand
    ·         PT De Classic Life Indonesia
    ·         De Eagle Motivation Centre
    ·         Rangkaian Nasi Dagang Ulik Mayang
    ·         Gigatronics (M) Sdn Bhd.
    ·         DAS Travel & Tour Sdn Bhd.
    ·         DAS Property & Development Sdn Bhd.
    ·         DAS Publishing Sdn. Bhd.

    Melalui syarikat-syarikat ini, Dato’ Azlina Hj. Che Abdullah telah mampu membantu dalam peningkatan ekonomi Negara, dan masyarakat Islam khususnya. Kejayaan beliau dalam melahirkan ratusan ribu usahawan-usahawan daripada berbagai profesion yang mampu berdikari dan mempunyai kebebasan kewangan. Syarikat beliau juga telah banyak membantu ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan dan kecantikan, membina rumahtangga yang lebih bahagia, membantu perkembangan minda anak-anak agar lebih cemerlang dan mengurangkan pengangguran.

    Kejayaan yang dikecapi oleh Dato Azlina sering menjadi buruan pihak media dan stesen tv yang ingin menjadikan beliau sebagai idola dalam perniagaan bukan sahaja kepada golongan wanita, malahan turut menjadi idola bagi golongan lelaki yang ingin berjaya sperti beliau.

     Beliau juga diberi kepercayaan oleh syarikat penerbitan terkemuka Kumpulan Karangkraf dalam Sudut Motivasi di dalam majalah MIDI bagi ruangan ‘Bagaimana Mencipta Kejayaan Bersama’ dan majalah Mingguan Wanita bagi ruangan ‘Minda Wanita’. Syarikat penerbitan iaitu Utusan Karya turut memberi kepercayaan kepada beliau untuk menulis di dalam majalah Wanita bagi ruangan ‘Kearah Keusahawanan Berjaya Bersama Dato Azlina’ dan majalah Harmoni bagi ruangan ‘Motivasi Kejayaan & Jati Diri Bersama Dato Azlina’. Ruangan-ruangan tersebut yang menjurus kepada motivasi, tips-tips mencipta kegemilangan dalam perniagaan dan bagaimana mengimbangi tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan ahli perniagaan yang berjaya telah mendapat tindak balas yang membanggakan daripada pembaca yang inginkan maklumat sedemikian. 

    Selain itu juga Dato Azlina sering dipanggil untuk memberikan ceramah / seminar keusahawanan berkisarkan kejayaan beliau yang menjalankan perniagaan tanpa mendapatkan mana-mana pinjaman kewangan.

    Meskipun beliau berjaya di dalam perniagannya, beliau tidak pernah lupa kepada insan dan golongan yang memerlukan bantuan. Kerja-kerja amal dan kebajikan terus dilakukan bagi membantu mengurangkan beban golongan yang kurang bernasib baik.



  12.   10. Irfan Khairi

     



    Nama Usahawan        : Irfan Khairi
    Graduan                     : Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design (Staffordshire)
    Bidang Usahawan      : Perniagaan Internet

    DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.

    Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal 30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet. Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.

    Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur, tetapi juga medan untuk 'membuat duit'.

    Bukan 'membuat duit' seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan. Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet.

    Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang reka bentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan mereka bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk seperti buku dan peta Malaysia.
    "Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja," kata Irfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

    Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik menerusi perniagaan Internet.

    "Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang cara ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat tempahan datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari Amerika Syarikat, Jepun dan Australia," kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini.

    Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet ibarat tidak boleh dipisahkan. Dalam milikannya sahaja, ada lima buah komputer.

    Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar masa di rumah dan hanya menghadap komputer untuk mengakses Internet. Adakah ia sesenang yang disangka?

    Irfan menegaskan: "Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan goyang kaki sahaja."
    Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya, dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan grafik dan sebagainya.

    "Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar dapat tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet.

    "Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 ke atas sehari."

    Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran akan potensi perniagaan Internet pada masa ini.
    "Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 sehari itu ketika perniagaan melalui Internet belum berkembang. Pada masa itu, pengguna Internet hanya 500 juta orang.

    "Tetapi kini pengguna Internet adalah 1.3 bilion dan sudah tentu perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang besar buat pengusahanya.

    "Lagi pula, sekarang perniagaan atau urusan juga sudah semakin sebati dengan Internet. Bayar saman pun sudah boleh secara dalam talian," katanya sekali gus berbicara soal potensi perniagaan Internet.
    Pada masa ini, Irfan mempunyai lima buah laman web antaranya rahsiainternet.com, ideabubble.com dan slash.com.my.

    Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segi bekerja di rumah dan kos yang rendah.
    "Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar sewa tapak, mungkin RM1,000 sebulan. Namun untuk perniagaan Internet anda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin bayaran penggunaan Internet, telefon dan elektrik.

    "Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Saya pun tidak ada orang gaji," kata lelaki yang sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini.

    Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh dikatakan, dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu.

    Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan mewah seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai milikannya.

    "Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak," katanya.

    Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi tanpa minat yang mendalam dan dorongan motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur 18 tahun lagi.

    Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi.
    Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan pengajian multimedia di Britain.

    "Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat duit," katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan televisyen.

    "Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya.

    "Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan khalayak tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau merasa produk kita. Mereka hanya boleh melihat fotonya di monitor komputer," ujarnya.

    Rujukan dari laman web http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm