Wednesday, May 15, 2013

1- Wan Mohd Sani
















NAMA: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
USIA: 33 tahun
LAHIR: 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
PENCAPAIAN: Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)

Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan.
Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express.
Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.

Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.

Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.

2. Tan Sri Dato' Loh Boon Siew










Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.

Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.

Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.

Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.

Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.

Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Loh tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.
Anda mungkin juga memina

3. Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin












Nama :Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin
Lahir : 1955
Pekerjaan : CEO Naza Group
Pasangan Hidup : Puan Sri Zaleha Ismai
Bilangan Cahaya Mata: 11 Orang

Pada tahun 1974, ketika itu beliau berusia 19 tahun telah menyimpan RM 80,000 dalamakaun bank hasil daripada gaji yang diperolehinya sebagai pembantu bapa beliau yang bekerjasebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan PermitImport (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil keuntungan bernilaisejuta ringgit dalam masa setahun.

Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin merupakan salah seorang ahli perniagaan dan usahawanMelayu berjaya di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yangditubuhkan pada tahun 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, perhotelan, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat - alatmesin, pembuatan, agensi insuran dan sebagainya.

Pada tahun tersebut, Tan Sri SM Nasaruddin telah menonjolkan perniagaanya apabila beliaumemutuskan untuk mengimport kereta - kereta Jepun dimana pada ketika itu kereta buatan Jepun adalah popular dikalangan rakyat Malaysia. Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan - pelanggan untuk membeli kereta - kereta terpakai apabila ramai diantara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta - kereta asing. Akan tetapi keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha menuju kejayaan.

Melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh beliau maka beliau dianugerahkananugerah persekutuan Panglima Setia Mahkota (P.SM.) oleh Seri Paduka Seri PadukaBaginda Yang di-Pertuan Agong yang bawa gelaran Tan Sri dan pada tahun 2002, beliautelah dinamakan Motoring Man The Year oleh News Straits Times. Beliau juga menerimasalah satu daripada anugerah-anugerah tertinggi Korea Selatan bagi sumbangannya untuk industri automotif iaitu Presidential Award, pingat perkhidmatan daripada duta KoreaSelatan ke Malaysia, Son Sang-Ha bagi pihak Presiden Korea Selatan, pada satu majlis dikedutaan itu di Malaysia dan beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama telahmenerima anugerah tersebut.

4. Ahmad Kemin














Usia yang semakin menginjak ke-63 tahun bukan alasan bagi usahawan berjaya, Datuk Ahmad Kemin untuk bersara daripada syarikat yang diasaskannya, Mutiara Motors Sdn. Bhd. (Mutiara Motors).
Sebaliknya, menurut beliau, usia yang semakin matang itu sentiasa mencabarnya untuk terus mengembang dan mengukuhkan Mutiara Motors sehingga ke tahap tertinggi.
Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu mengakui telah menyerahkan kesemua operasi dan pengurusan syarikat kepada tiga anaknya yang menjadi pewaris Mutiara Motors.
Meskipun demikian, Ahmad masih kekal bertindak sebagai pengawas untuk memastikan pewarisnya mengikut landasan yang betul dalam mengendalikan perniagaan yang diusahakan hampir 30 tahun itu.
Ahmad akui walaupun hanya memantau perniagaan itu namun beliau amat tegas dengan anak-anaknya untuk memastikan perniagaan itu dapat diwarisi oleh keturunannya pada masa depan.
''Saya amat tegas dengan anak-anak. Walaupun mereka anak saya tetapi di pejabat mereka adalah pekerja, selepas jam lima kami akan berbual dan berbincang seperti anak beranak.

''Saya tidak pernah membenarkan anak-anak saya hanya bekerja di dalam bilik penghawa dingin tetapi mereka juga perlu merasai kehangatan bekerja di luar pejabat seperti kakitangan lain.
''Pendekatan saya ini memang keras tetapi di sebalik hati kecil ini, saya mahu memastikan mereka tidak terlalu selesa dengan kedudukan dan kesenangan.
''Saya tidak mahu apabila saya tiada lagi Mutiara Motors akan hancur kerana syarikat ini adalah untuk cucu-cicit saya,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Ahmad berkata, biarpun persaingan dalam industri automobil semakin sengit, Mutiara Motors masih mampu menjual 90 buah kereta import, termasuk kereta terpakai, setiap bulan.
Ditanya apakah teknik pemasaran yang digunakan, secara berseloroh beliau berkata: ''Percaya atau tidak, saya menjual kereta menggunakan katalog sahaja''.

Beliau mengakui cara tersebut agak kolot tetapi itulah yang diamalkan dari dahulu sehingga hari ini.
''Saya akan mengambil gambar kereta yang bakal saya jual termasuk nombor casisnya dan kemudian masukkan dalam album. Kalau pembeli tanya, itulah yang saya tunjuk,'' ujarnya.
Mengimbau pengalamannya, Ahmad berkata, beliau pernah terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk berniaga barangan plastik di pasar malam dan kerja kilang.
Katanya, beliau terlibat dalam industri automobil kerana didorong minatnya terhadap kereta-kereta mewah.
Tambah beliau, pembabitannya dalam industri itu bermula dengan membeli kereta-kereta lama dan membaiki, sebelum menjualnya semula.

''Tetapi apabila AP dibuka saya mencuba nasib dan pada awalnya hanya mendapat lima AP sahaja sebelum ditambah kepada 10 AP enam bulan kemudian,'' katanya.
Ditanya resipi Mutiara Motors kekal berkembang maju sehingga sekarang, Ahmad berkata, kekayaan dan kesenangan yang dinikmati perlu dikongsi bersama pekerja dan kakitangannya.
Menurutnya, Mutiara Motors sentiasa menghargai kakitangannya kerana tanpa mereka, Mutiara Motors tidak akan berdiri seperti hari ini.

''Saya memang menjaga kebajikan kakitangan dan sehingga hari ini Mutiara Motors akan menyediakan makan tengah hari kepada pekerjanya dan tiga bulan sekali saya akan belanja mereka makan di hotel.
''Saya lakukan ini untuk memastikan kakitangan saya dapat berjimat cermat dan masih mempunyai wang sehingga cukup bulan,'' katanya.
Menurutnya, amalan bersedekah itu sebenarnya telah diamalkan sejak dulu lagi, semasa bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR).

''Dulu, gaji saya di JKR hanya sebanyak RM74 sebulan, mana mampu hendak bersedekah wang tetapi saya tetap akan mengasingkan beberapa ringgit setiap bulan untuk membeli gula-gula dan coklat untuk diberikan kepada anak- anak yatim berhampiran rumah.
''Mungkin wang yang digunakan itu sedikit sahaja tetapi saya percaya limpahan doa mereka membuatkan saya berjaya dan senang pada hari ini,'' katanya.

 
5. Tan Sri Mohd Saleh Sulong


 














NAMA                       : Tan Sri Mohd Saleh Sulong
USIA                          : 52 tahun
PENDIDIKAN          : Chartered Institute of Management Accountants, United Kingdom
JAWATAN                 : Pengerusi Kumpulan DRB-HICOM Berhad


Kerjaya

Tan Sri Saleh pernah berkhidmat sebagai akauntan dengan Cycle & Carriage Bintang Berhad, Cycle & Carriage (Malaysia) Sdn Bhd dan United Cycle Sdn Bhd selama 10 tahun sebelum dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Master-Carriage pada tahun 1984.

Pengalamannya selama 28 tahun dalam  industri pemotoran dan pelbagai sektor lain seperti perkhidmatan kewangan, kemudahan awan, insurans, hartanah dan pembinaan menjadikan beliau usahawan yang mampu membawa syarikatnya ke arah kejayaan.

Latar Belakang Syarikat

Tan Sri Saleh mengambil alih sebagai Pengerusi Diversified Resouces Berhad selepas kematian Tan Sri Yahaya Ahmad pada tahun 1997. Tan Sri Saleh bersama Allahyarham Tan Sri Yahaya mengasaskan Kumpulan Master-Carriage pada tahun 1980.

Pada tahun 1992, Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad melawat kilang mereka di Pahang dan kagum dengan kemampuan kilang itu mengeluarkan 46 model kereta yang berlainan, semuanya tanpa bantuan daripada pihak kerajaan.

Sejak itu, Tun Dr. Mahathir membuka banyak ruang kepada Allahyarham Tan Sri Yahaya dan Tan Sri Saleh bergiat aktif dalam indutri pemotoran. Kedua-duanya kemudian mengambil alih Imatex berhad dan menukarkan namanya kepada Diversified Resources Berhad atau DRB.
Mula Menyerlah

Pada tahun 1995, Diversified Resouces Berhad mengambil alih Hicom Holdings Berhad dan seterusnya menguasai Perusahaan Automobil Nasional (Proton) Berhad. DRB kemudianya menjalani proses penstrukturan semula yang mana syarikat kumpulan itu yang tersenarai, Hicom Holdings, Gadek (M) Berhad dan Gadek Capital Berhad digabungkan di bawah DRB-Hicom Berhad dengan Tan Sri Saleh menguasai 11.9 kepentingan dalam DRB-Hicom.

Kini, Proton bukan lagi sebahagian dari DRB-Hicom tetapi DRB-Hicom mempunyai kepentingan dalam projek usahasama yang melibatkan pemasangan kereta Honda di Malaysia. Tan Sri Saleh juga mempunyai kepentingan dalam syarikat tersenarai Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad.


Pengiktirafan

Tan Sri Saleh juga pernah dan sedang memegang jawatan sebagai Pengerusi Cycle & Carriage Limited (Singapore), Pengerusi HICOM Holdings Berhad, Pengerusi Gadek (Malaysia) Berhad, Pengerusi Edaran Automobil Nasional Berhad, Pengerusi EON Bank Berhad, Pengerusi EON Finance Berhad, Pengerusi Horsedale Development Berhad, Pengerusi South East Asia Insurance Berhad, Pengerusi beberapa syarikat sendirian berhad yang bernaung di bawah Kumpulan DRB-HICOM.

Selain itu, sebagai Pengarah Cycle & Carriage Bintang Berhad, Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad, Pengarah Eastern Pacific Indutrial Corporation Berhad, Pengarah MCL Land Limited (Singapura), Pengarah Kumpulam Teknologi Tinggi Industri-Kerajaan, Pengarah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Pengarah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.



6. Datuk Dr Ang Bon Beng
















NAMA                       : Datuk Dr Ang Bon Beng
USIA                          : 64 tahun
PENDIDIKAN          : PhD in business administration, University of Honolulu (Hawaii),
                                      USA
JAWATAN                 : Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd dan
                                     menganggotai lembaga beberapa anak syarikat Tan Chong Motor
                                     Group





Datuk Dr Ang Bon Beng merupakan salah satu orang yang paling terkenal dan dihormati dalam industri automotif tempatan pada hari ini.


Kehidupan Datuk Dr Ang Bon Beng pada zaman kanak-kanak bukanlah senang seperti dijangka. Beliau merupakan anak sulung daripada 10 adik-beradik dan dilahirkan pada tahun 1949 di Kepala Batas, Pulau Pinang. Ayahnya seorang pemandu teksi ayah dan ibunya pula suri rumah. Kehidupannya ketika itu adalah mengharap pada pendapatan ayahnya sahaja sehingga terpaksa hidup dengan hanya memakan biskut dan air.

Selepas menamatkan Tingkatan Lima, Ang mula memandu teksi bapanya untuk membantu menyara keluarganya. Pada tahun 1970, rakan Ang yang bekerja sebagai jurujual dengan Tan Chong Group Motor telah mempelawanya untuk menyertai rakannya. Pada masa itu, syarikat itu ingin memperluaskan ekonomi di Pulau Pinang. Dengan harapan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk dirinya sendiri dan keluarganya, beliau menerima pelawaan rakannya.

Ang telah dinaikkan pangkat ke pengurus jualan pada tahun 1981. Pada tahun berikutnya, beliau telah ditugaskan ke Kuching, Sarawak dan dilantik sebagai pengurus cawangan. Pada tahun 1989, beliau dilantik sebagai pengurus di negeri sebelah utara, menyelia cawangan dan wakil jualan di dalam Pulau Pinang dan Kedah.

Ang akhirnya menjadi pengarah jualan pada tahun 2001. Dan pada tahun berikutnya, beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.





7. Datuk Loh Kian Chong














NAMA                       : Datuk Loh Kian Chong
USIA                          : 37 tahun
PENDIDIKAN          : -
JAWATAN               : Pengarah Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd

Loh Boon Siew merupakan datuk kepada Loh Kian Chong yang mengasaskan Boon Siew Group sebagai syarikat automotif sebelum Perang Dunia II. Loh Kian Chong telah menyambung warisan perniagaan keluarganya dengan menjual kereta jenama Honda dan jenama Hyundai di pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei. Beliau turut tergolong di dalam kalangan 50 orang yang terkaya di Malaysia.


8. WAN MAS DIANA MEZLAN

















NAMA                       : Wan Mas Diana Mezlan
USIA                          :
30 tahun
PENDIDIKAN          :
Sijil Mekanikal Plastik dan Sijil Automotif 
JAWATAN               :
Pemilik bengkel mengecat kereta


Wan Mas Diana Mezlan  merupakan usahawan wanita yang mengusahakan bengkel mengecat kenderaan yang disewakan oleh pihak Giat Mara yang terletak di Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Beliau bekerjasama bersama dua orang rakannya.
Beliau yang pernah bercita-cita membuka bengkel membaiki kereta kerana minat yang mendalam pada enjin. Namun atas beberapa faktor, beliau menjurus kepada bidang mengecat dan mengetuk kereta.
Beliau yang menamatkan pelajaran dalam bidang Mekanikal Plastik di Politeknik Sultan Abdul Halim, Jitra mengakui mengalami kesukaran mendapat kerja menyebabkannya beliau meneruskan pelajaran di Giat Mara dalam bidang automotif sebelum membuka bengkel mengecat.

 




9. HAIRUL FAIZAL HUSSAIN
















NAMA                       : Hairul Faizal Hussain
USIA                          :  40 Tahun

PENDIDIKAN          : SPM
JAWATAN               : Pemilik bengkel Creative Makeover Sdn Bhd 


Hairul Faizal Hussain merupakan pengasas Creative Bike Makeover dan Saloon Kereta. Beliau telah menjalankan perniagaan ini selama 21 tahun pengalaman dalam bidang mencantikkan kenderaan. Malah beliau juga mengubah suai topi keledar pelanggan agar kelihatan sama dengan tema motosikal.
Beliau melakukan kerja bermula daripada tampalan pelekat, transformasi motosikal, mengecat sehinggalah melakukan teknik berus angin (airbrush) dengan usaha sendiri.




10. Sham Rahman
















NAMA                       : Sham Rahman
USIA                          :
40 tahun
PENDIDIKAN          :
Sijil MARA Kuala Lumpur
JAWATAN               : 
Pengusaha Bengkel Harraz Auto Service

 
Bengkel pertama beliau mula beroperasi di Pinggiran Batu Caves, Gombak pada tahun 2000 di No. 31, Jalan 10/4, 68100 Batu Caves berbekalkan modal awal lebih kurang RM10,000. Selepas setahun beroperasi, bengkel ini terus mendapat sambutan dari rakan taulan dan pelanggan-pelanggan lama dari bengkel-bengkel yang beliau pernah bekerja sebelum ini kepandaiannya dalam membaiki kereta berjenama Volvo, Mercedes dan BMW.

Tidak lama selepas itu, permohonannya dari CGC diluluskan melalui Maybank bagi membeli beberapa peralatan dan perkakasan berkaitan di bengkel. Dua tahun kemudian, beliau mendapat pinjaman dari MARA Daerah Gombak untuk membeli pelbagai peralatan membaiki kereta.
Beliau menubuhkan bengkel kedua yang beralamat di No 6 & 7, Bengkel MPS, Batu 17, Rawang. Bengkel ini tak jauh dari Bangunan Wisma MCA Rawang. Mudah bagi sesiapa mencarinya. Sambutan di sini juga amat memberangsangkan. Tahun pertama agak lembab kemungkinan ramai yang tak tahu. Setahun lepas itu, barulah pelanggan-pelanggan baru datang selain pelanggan-pelanggan lama. Ada yang datang dari Klang, Shah Alam, Tanjung Malim, Petaling Jaya malah dari Kuala Lumpur juga selain dari sekitar Bukit Beruntung, Tasik Puteri, Rawang Perdana, Templer Park dan Country Homes.  


 


 
Sumber rujukan dari laman web :

http://www.sinarharian.com.my
http://usahawanikon.blogspot.com
http://www.forbes.com
http://biz.thestar.com.my
http://usahawangraduanmsia.blogspot.com